MyCARE sasar kutip RM2.5 juta, agih daging korban kepada
13 negara
Bernama
Mei 19, 2023
Selain Syria dan Palestin, negara lain yang bakal menerima manfaat
daripada program tersebut ialah India, Nepal, Somalia, Sudan,
Afghanistan, Yaman dan Malaysia. - Gambar hiasan
MyCARE sasar kutip RM2.5 juta, agih daging korban kepada 13
negara
Selain Syria dan Palestin, negara lain yang bakal menerima
manfaat daripada program tersebut ialah India, Nepal, Somalia,
Sudan, Afghanistan, Yaman dan Malaysia. - Gambar hiasan
KULAI: Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) menyasarkan
kutipan RM2.5 juta menerusi program MyQurbani bagi melaksanakan
ibadah korban tahun ini untuk diagihkan kepada 13 negara sempena
Aidiladha.
Pengurus Besar Operasi MyCARE Roha Hassan berkata bagi
menjayakan hasrat itu pihaknya telah melancarkan kempen MyQurbani
mulai Jumaat lepas sehingga 25 Jun depan dengan menawarkan pakej
korban serendah RM220.
"Istimewanya tahun ini, kita ada pakej tambahan iaitu sedekah
sekilogram daging korban bernilai RM80 untuk diedarkan kepada
rakyat di Syria dan Palestin disebabkan pakej korban sedia ada
untuk kedua-dua negara ini adalah tinggi.
"Ramai rakyat Malaysia sebelum ini mahu membantu rakyat di dua
negara berkenaan tetapi terdapat kekangan dari segi bajet, jadi
untuk tidak menghampakan harapan mereka kita wujudkan pakej sedekah
tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui pada
Majlis Sambutan Aidilfitri MyCARE Johor dan Pelancaran Kempen
MyQurbani peringkat negeri di sini malam tadi. Turut hadir
Pengerusi MyCARE Johor Rozi Abdul Ghani.
Roha berkata selain Syria dan Palestin, negara lain yang bakal
menerima manfaat daripada program tersebut ialah India, Nepal,
Somalia, Sudan, Afghanistan, Yaman dan Malaysia.
Menurut beliau sejak 2010 sehingga April tahun ini, MyCARE
berjaya mengutip sumbangan berjumlah RM180 juta bagi melaksanakan
pelbagai usaha kemanusiaan.
Sementara itu, Rozi berkata pada tahun lepas MyCARE Johor
menerima 295 penyertaan ibadah korban dengan kutipan sebanyak
RM124,960 dan pada tahun ini pihak...