Brahim's yang dinyah senarai masih beri khidmat katering untuk 35
syarikat penerbangan asing
Bernama
Jun 22, 2023 10:40 MYT
Syarikat katering dalam penerbangan Brahim's Holdings Bhd yang
telah dinyah senarai baru-baru ini dan bakal pula kehilangan
kontrak selama 25 tahun dengan Malaysia Airlines Bhd.
Brahim's yang dinyah senarai masih beri khidmat katering untuk 35
syarikat penerbangan asing
Syarikat katering dalam penerbangan Brahim's Holdings Bhd yang
telah dinyah senarai baru-baru ini dan bakal pula kehilangan
kontrak selama 25 tahun dengan Malaysia Airlines Bhd.
SEPANG: Ia seperti sudah jatuh ditimpa tangga bagi syarikat
katering dalam penerbangan Brahim's Holdings Bhd (BHB) yang telah
dinyah senarai baru-baru ini dan bakal pula kehilangan kontrak
selama 25 tahun dengan Malaysia Airlines Bhd (MAB).
Syarikat PN17 itu telah dinyah senarai pada 3 Jun, 2023, selepas
Bursa Malaysia menolak rayuan untuk lanjutan masa bagi menyerahkan
pelan regularisasinya.
"Risiko sentiasa ada," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya,
Mohd Fadhli Abdul Rahman, sambil mengakui perkhidmatan katering
dalam penerbangannya, Brahim's Airline Catering Sdn Bhd (BAC)
sangat bergantung kepada MAB, yang menyumbang 50 peratus daripada
hasilnya.
Selebihnya adalah daripada 35 syarikat penerbangan asing dan BHB
mengintai empat lagi, katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Dilaporkan bahawa syarikat induk MAB, Malaysia Aviation Group
(MAG) dan BAC tidak bersetuju dengan terma apabila mahu
memperbaharui kontrak.
PN17, COVID-19 dan kekal berdaya maju
BHB diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 pada 2019 dan usaha
pemulihannya dijejaskan oleh pandemik COVID-19.
Nota Amalan 17 (PN17) diberikan kepada syarikat yang mengalami
masalah kewangan.
Kapasiti katering BAC ialah 60,000 hidangan. Ia menghasilkan
purata 55,000 hidangan sehari sebelum dilanda pandemik.
Ini merosot kepada 218 hidangan sehari semasa pandemik walaupun
telah meningkat semula kepada 32,000 hidangan sehari pada hari ini,
kata Fadhli.
MAB menyumbangkan hasil bulanan sebanyak kira-kira RM12 juta
dari 2003 sehingga hari sebelum COVID-19 dengan pelarasan harga
minimum berbanding RM8 juta pada hari ini, jumlah yang akan hilang
sekiranya MAG menamatkan kontrak pada 30 Jun, 2023.
Kombinasi katerer asing menyumbang RM6 juta sebulan,
katanya.
Rancangan sedia ada untuk berunding dengan vendor dan pihak
pengurusan akan kembali semula ke rancangan asal mengenai
perbelanjaan bukan nilai tambah lain, katanya.
"Kami juga sedang meninjau untuk meneroka perniagaan lain
seperti pasaran runcit dan komersial bagi memastikan perniagaan
kekal mampan," kata Fadhli.
Adakah MAB akan melupuskan 30 peratus kepentingannya?
Adalah sangat jelas, perpisahan dengan MAB bukanla...