Dominic Lau, Oh Tong Keong kekal Presiden, Timbalan Presiden
Gerakan
Bernama
Julai 15, 2023 21:55 MYT
Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) Datuk Dominic Lau
Hoe Chai bersama kepimpinan tertinggi Parti Gerakan yang baharu
bergambar selepas sidang pada Pemilihan Nasional Parti Gerakan di
Menara PGRM Cheras, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden parti Gerakan, Datuk Dominic Lau dan
Timbalannya, Oh Tong Keong mempertahankan jawatan masing-masing
selepas menang dalam pemilihan parti itu bagi penggal 2023-2026 di
Menara PGRM, Cheras, di sini, hari ini.
Lau, yang mengambil alih jawatan Presiden selepas Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU)14) pada November 2018, memperoleh 429 undi untuk
mengalahkan tiga pesaingnya iaitu bekas Naib Presiden,
Datuk Seri Michael Gan (76), bekas Setiausaha Agung,
Datuk Liang Teck Meng (275 undi) dan Pengerusi Gerakan Wilayah
Persekutuan, Datuk Lau Hoi Keong (335 undi).
Tong Keong mempertahankan jawatannya dengan memperoleh 546 undi
menewaskan Mak Kah Keong (468 undi), Dr Kiew Hen Chong (91 undi)
dan V. Prabagaran (tiada undi).
Bagi tiga jawatan Naib Presiden untuk penggal 2023-2026, ia
masing-masing dipegang oleh Koo Shiaw Lee dengan 999 undi, Datuk
Baljit Singh Jigiri Singh (982) dan Datuk Alexander Lo Su Hyen
(577).
Keputusan rasmi pemilihan diumumkan oleh Pegawai Jawatankuasa
Penyeliaan Pemilihan Gerakan , Soo Kay Ping sejurus selepas proses
pengiraan undi selesai kira-kira jam 7.30 malam tadi.
Mengulas kemenangan itu, Lau berharap semua pihak dapat menerima
keputusan dengan hati yang terbuka bagi membolehkan mereka terus
bersatu sebagai satu pasukan dalam menghadapi Pilihan Rya Negeri
(PRN) di enam negeri, 12 Ogos ini.
"Tidak kira menang atau kalah, kita harus bersatu hati sebagai satu
pasukan untuk memenangi PRN kerana itu adalah agenda terpenting
selain turut berharap dengan mandat diberikan, kita akan dapat
memperbaiki imej Gerakan dalam kalangan rakyat," katanya.
Sementara itu, 18 jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat diisi
oleh antaranya Woo Cheong Yuen, Hng Chee Wey, Tan Lee Ngee, Loh Kah
Yong, Tan Po Kiat, Ch'ng Boon Chye, Sin Koon Yen, Datuk Seri
Chandra Balabedha, Chai Ko Thing, Jimmy Chew Jyh Gang, Dennis Gau
Thau Onn dan Lee Boon Shian.
Turut dipilih Datuk Tan Chin Hock, Syed Nor Azman Syed Daros, Ooi
Pei Nar, Puvaniten M. Helan Govan, Teoh Chin Wan dan Gan Kim
Keng.
Bagi jawatan Ketua Wanita dan Ketua Pemuda baharu ia dimenangi
tanpa bertanding oleh Chung Mon Sie dan Wong Chia Zhen.
Pemilihan kali ini melibatkan seramai 1,848 anggota perwakilan.
-- BERNAMA...